28 September 2022

AHMAD IDHAM TEGUR KUMPULAN 'UBI' JADIKAN ANAK ISTIMEWA SEBAGAI BAHAN LAWAK?



"Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos masalah pembelajaran.


"Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita. Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan.

"Jauh disudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang.

Klik untuk gambar besar



"Saya mendapat keluhan ini secara terus daripada ibu bapa ketika mengadakan program dan jelajah dibawah Hab Pendidikan Khas saya. Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara yang sama.

"Semoga kita semua dapat terus memainkan peranan diposisi kita masing-masing untuk membentuk satu komuniti positif yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak secara langsung atau pun tidak langsung," demikianlah tulis pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Idham menerusilaman Instagram.



Perkongsian Idham itu menjadi perhatian apabila meluahkan pendapatnya susulan jenaka kumpulan lawak, UBI yang didakwa mempersendakan anak istimewa di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Idham seolah kecewa dengan tindakan kumpulan tersebut yang dipercayai meniru watak selebriti media sosial, Yoe Parey yang didiagnos mempunyai masalah pembelajaran.

Menurut pengarah itu lagi, perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai bahan jenaka kerana akan mengguriskan hati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan bimbang jika menjadi ikutan anak muda.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: