28 September 2022

NETIZEN SINDIR HAEL HUSAINI MAHU TIRU LEE MIN HO



Perkongsian penyanyi dan komposer Hael Husiani menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai apabila menghadiri acara fesyen, Milan Fashion Week (MFW) 2022 di Itali.


Dalam entri tersebut, Hael tidak lokek berkongsikan momen ketika menghadiri acara fesyen terbesar itu buat tatapan pengikutnya.

Bagaimanapun, di laman Twitter ada netizen menyindir penyanyi itu yang dikatakan seolah-olah mahu meniru pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang berpendapat Hael berubah terlalu drastik dan dilihat berbeza dengan wajahnya yang dahulu.

Klik untuk gambar besar















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: