Penyanyi Masya Masyitah sejak kebelakangan ini sering kali menjadi bualan apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya. Meskipun dikecam teruk, namun Masya tidak mudah melatah dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan terus tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terbaru, penyanyi berusia 22 tahun ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik fotonya dengan memakai jumpsuit serta inner turtleneck berwarna kelabu ketika berada di Dubai.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kurang senang dengan baju yang digayakan penyanyi itu serta ada yang menegur 'baju dalam' sepatutnya dipakai di dalam bukan diluar.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga, ada yang kecewa dengan cara pemakaian Masya sejak kebelakangan ini yang pelik serta tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung serta mahu unfollow Instagram penyanyi itu.
Meskipun banyak komen kecaman dan teguran di perkongsian itu, namun tiada sebarang respon daripada Masya mengenai perkara itu.
________________________
No comments:
Post a Comment