18 September 2022

'BERMESRA' DI TEMPAT AWAM DENGAN LELAKI - QISTINA NAFI, AKUI IBU TEMAN PERGI KE MANA-MANA



Menerusi platform TikTok, tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang gadis sedang 'bermesra' dengan seorang lelaki di tempat umum yang dipenuhi orang ramai.


Biarpun video yang dimuat naik itu tidak jelas memaparkan identiti remaja terbabit, ada netizen telah memetik nama pelakon remaja, Nur Qistina Raisah. Susulan itu, Qistina tidak mendiamkan diri dan tampil menafikan dakwaan berkenaan.

"Ramai cakap saya, tapi itu bukan saya. Saya pergi mana-mana, ada mak ikut," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan dari video penjelasan pelakon itu, dia sama sekali tidak mengenali gadis yang ada di dalam video tersebut serta mempersoalkan motif si perakam memuat naik video seperti itu di media sosial.

Tambahannya lagi, dia perlu bersuara kerana tidak semena-mena namanya 'dipetik' di ruangan komen video yang sedang tular itu. Bukan itu saja, dia sempat menasihati agar fikir dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen kerana bimbang akan menabur fitnah.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: