18 September 2022

JERIT SEBELAH TELINGA BAYI - VIDA KENA KECAM



Semua sedia mengetahui mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang sering terpalit dengan kontroversi dan adakalanya tindakannya mengundang kecaman ramai.


Terkini, menerusi laman Instagram, Vida ada memuat naik video dimana ia memaparkan dia sedang mendukung seorang bayi ketika berjalan di sebuah pusat beli belah.

"DSV CUAK BABY NANGIS. Saya ni suka sangat bermain dengan bayi. Bila jumpa orang yang bawa baby kat kat luar or shopping saya akan tegur dan bermain dengan anak mereka. Ye la kadang kita bila dah geram nampak baby rasa nak gigit je. Kesian kat baby seriau dengan saya jerit 😅," tulis Vida.

Klik untuk gambar besar



Terlalu teruja melihat dengan bayi berkenaan, Vida tidak dapat menahan rasa gembira apabila menjerit di sebelah telinga anak kecil itu ketika mendukung bayi tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Vida itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam usahawan itu kerana menyebabkan bayi tersebut menangis dengan kuat.

Rata-rata netizen mengatakan bayi itu masih kecil dan mungkin terkejut kerana mendengar suara atau bunyi yang kuat. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan pada bayi berknaan yang terkejut mendengar jeritan Vida sehingga menangis sedemikian.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: