19 September 2022

GV9 TAMPIL PESERTA LUAR BIASA - GELAGAT 'KALUT' NABIL, ELLY MAZLEIN BUAT NETIZEN TERHIBUR



Pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) telah membuka gelanggang malam semalam dengan menampilkan 13 peserta yang bersaing dengan sengit apabila ada peserta yang luar biasa menyertainya.


Menerusi pertandingan minggu pertama, tiga penyanyi iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok menjadi tumpuan apabila memberikan persembahan bertenaga. Kualiti persembahan yang bertenaga ketiga-tiga penyanyi ini telah melayakkan mereka menempah tempat di minggu kedua dengan mudah.

Jaclyn tampil dengan lagu popularnya Gemilang dan Di bawah Pohon Asmara, Shila menerusi Patah Seribu dan Memori Tercipta manakala Tomok pula dengan Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang.

Bukan itu sahaja, persembahan daripada Dina Nazir dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2) iaitu Bob Yusof turut menarik perhatian penonton yang memuji vokal mereka.

Klik untuk gambar besar



Namun pada pertandingan minggu pertama itu memperlihatkan penyanyi kelahiran Singapura, Hazrul Nizam yang menyampaikan lagu 'Kaulah Segalanya' berada pada kedudukan tercorot.

Bagaimanapun, seperti mana kelaziman GV sebelum ini, tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama dan Hazrul terselamat untuk meneruskan perjuangan merebut gelaran juara.

Selain Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok dan Hazrul Nizam, lagi sembilan peserta lain turut bersaing bersama iaitu Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C), Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan, kumpulan VE serta Fuad Rahman mewakili Singapura.



Lebih mengamatkan lagi suasana adalah pengacara program terbabit, Nabil Ahmad dan Elly Mazlien yang menggantikan Jihan Muse kini sedang berpantang anak kedua.

Umum mengetahui, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom sememangnya mempunyai karakter yang ceria dan happy go lucky. Jadi tidak hairan sering dipilih menjadi pengacara.

Namun, apa yang menariknya malam tadi kebiasaannya Jihan yang akan menjaga Nabil supaya acara berjalan dengan lancar, namun semalam Nabil yang perlu menjaga Kak Lina.



Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok, netizen terhibur melihat Nabil yang kalut mengendalikan program berkenaan bagi memastikan GV9 berada di landasan yang betul.

Malah, ramai tidak kering gusi dengan gandingan dua pengacara itu apatah lagi Kak Lina merupakan bekas peserta program itu serta mengatakan tidak hairan jika program itu mendapat rating tinggi kerana Kak Lina.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan gandingan pengacara dimana akhirnya Nabil bertemu ‘buku dengan ruas’ apabila perlu berhadapan dengan hos yang sama ‘gila’ sepertinya.



GV9 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap. Berikut adalah senarai lagu yang bakal dipersembahan peserta pada minggu kedua GV9.

1. Jaclyn Victor - Gerimis Mengundang (Zamani)
2. Shila Amzah - Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)
3. Tomok - Janji Padamu (Exists)
4. Dina Nazir - Ku Teruskan (Siti Sarah)
5. Bob Yusof - Kepulangan (Razis Ismail)
6. Roy Kapilla - Izinkan Selamanya Namamu Di Hati (EYE)
7. Pat Candy - Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jamila)
8. VE - Kasih Berubah (Ferhad)
9. Haida Hasnan - Di sEbalik Sejuta Wajah (Shima)
10. Fuad Rahman - Suara Cinta (Mega)
11. Tom - Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
12. Asheed Def Gab C - Percayakan Siti (Exists)
13. Hazrul Nizam - Untukmu Ibu (Exits)










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: