19 September 2022

"YANG MENGHINA (MAT KILAU) NI ILMU PERFILEMAN PUN NAK KATA ASAS PUN TIADA" - FINAZ YUNUS



Semua sedia maklum, filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' sebelum ditayangkan menerusi aplikasi penstriman Netflix itu mendapatkan sambutan hangat dan ramai melahirkan rasa bangga dan memuji filem berkenaan. Lebih membanggakan apabila 'Mat Kilau' berjaya mencapai kutipan luar biasa iaitu sebanyak RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam.


Namun sejak 'Mat Kilau' mula ditayangkan di Netflix pada 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, filem ini menerima kritikan teruk apabila ramai yang mempertikaikan tentang ketepatan sejarah dalam filem tersebut selain plot yang lemah serta babak aksi disifatkan sebagai 'separuh masak'.

Enggan filem ini terus dikritik, pengacara Finaz Yunus tampil bersuara dengan mengatakan sikap segelintir penonton filem tempatan terhadap maklum balas terhadap 'Mat Kilau' tidak seharusnya berunsur hinaan.

Klik untuk gambar besar



Kata Finaz, seharusnya kritikan yang diberikan perlu konstruktif dan bukan perli atau menghina. Finaz menerusi hantaran di laman Instagram berkata, apa yang masyarakat dan penonton perlu beri perhatian adalah mesej yang ingin disampaikan dalam filem itu.

"Yang menghina ni ilmu perfileman pun nak kata asas pun tiada. Bukan mudah Malaysia ni nak buat filem berunsurkan patriotik mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sendiri.

"Bila dah ada orang filem buat dan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan daripada rakyat hingga kelas silat penuh dengan pendaftaran baru golongan belia, berbondong-bondong juga hinaan dan kritikan untuk menjatuhkan diterima.



"Bukanlah nak kata tidak boleh mengkritik, namun biarlah kritikan itu konstruktif tanpa nada memperli dan menghina. Mana ada filem yang sempurna. Filem 'Top Gun: Maverick' pun banyak yang entah apa-apa dari sudut pandang saya.

"Tapi yang perlu kita 'highlight' mesej yang ingin disampaikan. Saya pun punya pandangan terdapat kelemahan skrip, konti, jalan cerita yang macam nak cepat habis. Namun, saya amat hargai usaha penerbit, pengarah serta semua kru filem Mat Kilau dalam memahamkan rakyat mengenai perjuangan mempertahankan tanah air daripada penjajah.

"Filem ni tepat pada masanya. Saat belia lupa asal usul pembentukan Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan 'Mat Kilau' ni, mereka yang gagal subjek sejarah pun boleh faham serba sedikit perjuangan tok moyang dalam menuntut tanah air sendiri. Saya amat berharap akan ada lebih banyak filem yang menceritakan sejarah pembentukan Malaya," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: