Semua mengetahui mengenai anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dimana dia sering mengundang rasa kurang senang netizen dek penampilannya yang agak seksi.
Meskipun dikecam teruk, namun gadis berusia 20 tahun itu tidak melatah dengan apa yang diperkatakan netizen tentang dirinya dan tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter dan Instagram, Leona memaklumkan bahawa dia bakal terbang ke luar negara untuk menyambung pengajian.
Klik untuk gambar besar
Dalam video dikongsikannya itu, Leona begitu sedih untuk meninggalkan Malaysia dan seharian menangis kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan. Bagaimanapun, Leona berkata, dia perlu berbuat demikian demi pelajaran serta untuk mengejar cita-citanya.
Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mendoakan agar Leona berjaya mengejar cita-citanya serta dipermudahkan urusan di sana.
Sementara itu, satu lagi perkongsian Leona turut menjadi perhatian apabila Leona memaklumkan dia pun sudah berpisah dengan teman lelakinya sebulan lalu. Meskipun begitu, Leona memberitahu mereka masih berkawan baik.
________________________
No comments:
Post a Comment