21 September 2022

BILA ALIFF SYUKRI KENA 'SEKOLAH' DEK BERGURAU NAK TAMBAH 'CAWANGAN'



"Boleh tak kalau saya nak kahwin lagi awak? Korang rasa apa akan jadi ek?" itulah tulis usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri yang memuat naik sepotong video di laman Instagram yang memperlihatkan dia dan isterinya menghadiri majlis perkahwinan Ikbal, anak kepada Allahyarham pengasas jenama Dnars, Faziana Rohban.


Kenyataan Aliff mendakwa ingin berkahwin lagi itu telah mencuri tumpuan. Bagaimanapun, di ruangan komen, netizen memberikan maklum balas negatif terhadap pertanyaannya itu.

"Isteri Datuk dah cukup sempurna, boleh terima datuk dengan seadanya. Daripada susah, senang bersama-sama. Kalau Datuk tiba-tiba berniat nak tambah cawangan baharu, silap-silap rezeki dato kena tarik macam tu je. Kita cakap je awak, jangan marah ye."

Klik untuk gambar besar



"Boleh sangat sebab mampu tapi hargailah isteri anda ya. Jagalah hati Datin dan anak-anak. Semoga tiada gurauan macam ni lagi lepas ni."

"Tak payahlah Datuk. Isteri Datuk dah perfect. Dahlah cantik, baik pulak tu."

"Bagus tu niat dah ada. Nanti Datin pun terniat nak asah parang macam mana?"



Menerusi hantaran sama, Aliff turut melahirkan rasa kurang percaya bahawa anak kepada arwah teman baiknya kini sudah pun dewasa dan telah mendirikan rumah tangga.

"Terasa cepat sangat masa berlalu. Saya berkawan dengan mak dia, arwah Faziani Rohban. Hari ini anaknya berkahwin.

"Tahniah Ikbal. Semoga menjadi suami yang terbaik dan melayari bahtera rumah tangga. Dalam perkahwinan ada pasang surutnya. Lelaki kena kuat macam saya. Semoga berkekalan sampai ke Jannah," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: