21 September 2022

"SOAL TERIMA SHUK SEMULA TU... MASIH DALAM PERBINCANGAN ANTARA KELUARGA" - ISTERI



Status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Meskipun begitu, hubungan pasangan ini dilihat semakin baik selepas Sera berkongsi video di Insta Story.


Menerusi video itu, Sera atau nama sebenarnya, Rossalenah Natassyaih Asshaferah merakamkan detik Shuk bersama anak-anak semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Berhubung hal tersebut, isteri Shuk menjelaskan keputusan untuk mereka kembali bersama atau tidak masih dalam perbincangan. Mengakui perubahan Shuk yang lebih baik, Sera berkata, dia juga ada mengirim doa kepada suaminya yang berada di Makkah mengerjakan umrah ketika ini.

"Nak cakap soal terima Shuk semula tu, saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga. Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya.

Klik untuk gambar besar



"Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya.

"Saya pun gembira dengan keadaan sekarang. Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu," katanya.

Terdahulu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: