21 September 2022

PAKAI TUDUNG NAMPAK LEHER - NABILA RAZALI DITEGUR



Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Nabila Razali baru-baru ini ada memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan beberapa keping gambar yang menjadi perhatian orang ramai.


Melihat pada gambar yang dikongsikan, Nabila atau lebih mesra disapa Bella itu sedang bersantai dan menikmati momen-momen di sebuah lokasi percutian.

Namun tudung yang dipakai oleh penyanyi berusia 30 tahun itu telah menjadi perhatian orang ramai kerana menampakkan bahagian lehernya dan dianggap tidak bersesuaian dengan imej berhijab.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah menegur bahagian leher yang terdedah dan meminta Nabila untuk menjaga auratnya itu dengan lebih sempurna.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berharap penyanyi lagu 'Pematah Hati' itu kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya sebagai seorang wanita muslimah.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: