21 September 2022

PUTERI SARAH PESAN JANGAN BAGI ORANG KETIGA PIJAK KEPALA



Pelakon Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin nampaknya terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri, selepas berdepan kemelut rumah tangga.


Baru-baru ini, menerusi perkongsian Insta Story, Puteri Sarah telah memuat naik kiriman mesej diterima daripada seorang wanita yang bertanyakan tentang prosedur undang-undang terhadap orang ketiga.

Menerusi entri yang menjadi perhatian itu, Puteri Sarah menasihatkan wanita di luar sana supaya tampil berani untuk mengambil tindakan dan tidak membiarkan kepala dipijak oleh orang ketiga yang menganggu rumah tanga mereka.

"Bertabahlah wanita-wanita di luar sana. Ramai mesej saya. Tolong ambil tindakan untuk diri sendiri. Jangan bagi kena pijak kepala dengan orang ketiga," tegasnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam mesej tersebut, individu yang tidak didedahkan identitinya itu berkongsikan rumah tangga abang dan kakak iparnya yang goyah kerana gangguan orang ketiga.

Difahamkan, individu itu mewakili kakak iparnya bertanyakan kepada Puteri Sarah jika ada prosedur undang-undang sivil yang boleh dikenakan terhadap orang ketiga.

"Ada tindakan sivil. Kalau awak ikut kes saya, saya ambil dua tindakan undang-undang. Sivil dan syariah. Untuk sivil, saya dapat perintah injuksi sebab dia kacau tanpa henti," jawab Puteri Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa lega kerana kes tersebut menunjukkan progres meskipun perlu menunggu lama dan hidupnya kini aman kerana tiada lagi gangguan pihak ketiga.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: