21 September 2022

JANNA NICK: "BUKAN TAYANG 'BUNT*T', DAH DARI BELAKANG... TAKKAN NAMPAK HIDUNG PULAK"



"Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Jadi, saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya. Bukan menayang 'bunt*t'.


"Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak," demikian tulis pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick yang terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang sengaja menggunakan tajuk panas serta membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video memaparkan Janna Nick yang sedang menoleh ke belakang namun menimbulkan reaksi negatif daripada netizen.

Ia berikutan video yang diambil itu dikatakan menampakkan bentuk punggugnya sehingga mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian di Insta Story, Janna menjelaskan dia tidak 'menayang' punggung sebaliknya dia berpaling ke belakang kerana dipanggil peminat ketika itu.

Dalam pada itu, Janna turut bersimpati dengan nasib wanita yang sering menjadi mangsa lelaki miang dan sering dijadikan simbol seksual.

"Kesian jadi perempuan, semua benda nak di jadikan segggs simbol. Kalau dah kambing pun kena rog*l. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu," katanya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: