21 September 2022

YAZMIN AZIZ DITEGUR PU SYED BERAKSI MESRA, BANGGA TAYANG KEKASIH BERLAINAN AGAMA



Sebelum ini, penyanyi Yazmin Aziz menerusi aplikasi TikTok memuat naik video menerangkan tentang agama yang dianut oleh kekasihnya seorang pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme.


Dalam vieo tersebut, Yazmin yang kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta itu berasa hairan apabila ramai yang tidak senang melihat hubungan cinta berbeza agama mereka.

Tindakan Yazmin menunjukkan aksi mesra dan berbangga memiliki kekasih berlainan agama telah mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang tampil menegur.

PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata sebagai seorang Muslim, perbuatan Yazmin itu dilihat tidak wajar dan tidak seharusnya menjadi tontonan masyarakat.

Klik untuk gambar besar



"Malaysia tidak pernah sunyi dengan melibatkan isu tentang orang yang dikenali. Terbaharu, saya dapat tahu tentang Yazmin yang menonjolkan kehidupan bersama kekasih bukan Islam.

"Ini satu perbuatan yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini," kata PU Syed yang berkongsi pandangannya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, pendakwah bebas ini turut menasihati Yazmin atau nama penuhnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, agar sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.



"Kalau kamu rasa nak bercinta dengan seorang bukan Islam, pastikan ia berlandaskan syariah. Pertamanya mestilah seorang Muslim. Kehidupan kita sebagai umat Islam ada landasan halal dan haram.

"Segala yang ditunjukkan di media sosial merupakan perbuatan maksiat seperti berpelukan dan berpakaian tidak senonoh. Ini semua tidak dibenarkan syarak dan ia boleh menjadi contoh yang buruk kepada masyarakat," jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, PU Syed turut meminta Yazmin bertaubat dan mengajak kekasihnya itu memeluk Islam terlebih dahulu serta segera bernikah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: