15 September 2022

BILA PEMINAT INDONESIA PELIK BABY SHIMA DIANGGAP 'OVER' OLEH NETIZEN MALAYSIA



"Di Indonesia Shima dilihat biasa-biasa saja, tak terlalu berlebihan seperti artis lain yang sering kontroversi di sini. Tapi kenapa di Malaysia dianggap terlalu berlebihan ya. Apakah kerana mereka iri atau apa?


"Banyak artis Malaysia ingin tembus karier di sini, cuma sedikit yang boleh dihitung dengan jari. Baby Shima salah satu antara orang Malaysia yang popular di Indonesia," demikian tulis peminat Indonesia dimana dia mempersoalkan adakah netizen Malaysia sebenarnya iri hari dengan Baby Shima apatah lagi penyanyi dangdut itu antara artis Malaysia yang popular di negara mereka.

Umum mengetahui, Baby Shima kerap berulang alik ke Jakarta, Indonesia dan seperti rumah keduanya selepas mencipta populariti disana. Namun, Baby Shima sering menerima kecaman netizen Malaysia susulan pelbagai kontroversi panas terpalit dirinya termasuk pakaian dan tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar



Perkara itu sekaligus membuatkan peminat Indonesia hairan dengan penerimaan segelintir netizen Malaysia, sedangkan Baby Shima dilhat okay sahaja dan tidak berlebih-lebihan pun.

Seperti sudah dijangka, komen tersebut mengundang perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia. Tidak kurang juga, ada yang meminta agar Baby Shima terus menetap di Indonesia.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: