15 September 2022

DITUDUH 'PENUNGGANG AGAMA', SENGAJA BIKIN DRAMA JUMPA IFA RAZIAH - INI JELAS USTAZAH ASMA' HARUN



Sebelum ini, tular video pertemuan penceramah bebas Ustazah Asma' Harun saling bermaafan bersama penyanyi Ifa Raziah berikutan teguran isu tidak memakai tudung sekaligus menyelesaikan salah faham antara mereka.


Selepas mengadakan pertemuan tersebut, Asma' menerima kritikan netizen hingga ada menuduhnya sebagai 'penunggang agama'. Terkesan dengan kata-kata hinaan itu, Asma' tampil membuat penjelasan berhubung pertemuannya dengan Ifa yang tidak dirancang pada Khamis lalu.

"Berhenti manipulate, oh... ini propaganda, lakonan. Ustazah (Asma' Harun) pun pandai berdrama mesti dah dirancang ni. Ustazah penunggang agama. Saya pelik dengan manusia hari ini, tapi itulah dikatakan ujian.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak dirancang, sama ada oleh pihak Ifa Raziah...ada Al-Quran depan saya," kata Asma' yang menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Asma' berkata, niatnya mengadakan pertemuan dengan penyanyi itu bagi menyelesaikan isu mereka berdua sebelum ini. Tambah Asma', dia membuat penjelasan ini bukan untuk membersihkan namanya dari kata-kata negatif tersebut namun sebagai pengajaran kepada semua Muslim.



"Sebab orang dah fitnah lain, orang fitnah ustazah ni banyak dramalah... lepas dia kecam-kecam dia buat pertemuan macam ni. Boleh percaya ke? Dari awal lagi saya dah niat, kalau saya diizinkan Allah temukanlah dimana-mana dengan Ifa ni... saya nak settle sebab dalam hati tiada rasa benci pada individu. Kita hanya menegur bukan menghukum.

"Sebenarnya ada beban berat saya bawa... sebulan kot. Jadi beban berat tu saya perlu buat sesuatu... saya perlu buat penjelasan bertulis. Saya tak kisah difitnah disangka buruk. Tetapi apa yang lebih utama adalah berkenaan pendidikan berakhlak ummah.

"Mungkin disebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tapi saya perlu menulis bukan sebab nak membersih dan menyucikan diri atas sebab tuntuan agama," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: