Hari ini tanggal 15 September merupakan hari lahir Allahyarham Siti Sarah dan sempena hari istimewa tersebut, pelawak Shuib Sepahtu telah menyampaikan ucapan yang mengundang sebak ramai peminat.
Ketika menyampaikan ucapan itu, Shuib dilihat sebak hingga tidak dapat menahan air mata tatkala melafazkan kata-kata indah itu semasa bersiaran di segmen Morning Morning Suria.
"I sayang you. I ada impian yang cukup besar. I nak jumpa you semula, Insya Allah. Doakann I ke jalan itu. I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy birthday Siti Sarah Raissudin," ucap Shuib yang juga penyampai radio Suria FM.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, sebelum itu mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua pendengar yang menyambut hari lahir pada Khamis. Mengimbau kenangan 11 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, Shuib menyifatkan ia adalah sesuatu yang cukup indah.
Klik untuk gambar besar
"Jika masih hidup umurnya sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama. Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa," ujarnya.
Untuk makluman, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.
Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur akibat C0V1D.
________________________
No comments:
Post a Comment