07 September 2022

CHIWAN LUAH HASRAT MAHU JADI PENYANYI, SELEPAS 'PENAT' 12 TAHUN BERGELAR PELAWAK



"Sudah hampir 12 tahun saya berada dalam industri sampai kadang-kadang terfikir sampai bila saya nak masuk program realiti lawak. Saya memang suka hiburkan orang tapi bukan sekadar melawak sahaja.


"Mungkin ke arah nyanyian dan lakonan tetapi sekiranya diberi peluang saya mahu jadi tenaga pengajar pula," ujar pelawak Chiwan Chilok yang meluahkan hasrat untuk menjadi tenaga pengajar dan mencurahkan ilmu kepada bakat baharu dalam bidang komedi.

Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri berkata, sudah tiba masanya dia melakukan sesuatu yang baharu dalam karier seni memandangkan sudah 12 tahun dia menyertai pertandingan realiti komedi.

Jelasnya , dengan pengalaman yang ada sebelum ini, dia yakin dapat mencurahkan ilmu kepada bakat baharu dunia komedi dalam menjadikan mereka pelawak berkualiti di atas pentas.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: