07 September 2022

DIDAKWA EKSPLOITASI PUTERI BALQIS DEMI 'VIEW' TINGGI - BROS GANG TV TAMPIL NAFI: "KAMI TIDAK PAKSA AQISH"



"KAMI TIDAK PAKSA AQISH TETAPI AQISH SENDIRI MAHU BERKONGSI KISAH HIDUPNYA... Kami turut terkejut dengan apa yang berlaku. Apa yang kami buat sekarang ialah atas dasar human rights. Berapa ramai kanak kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa nk fokus pada kami?


"DENGAR APA YANG DIBERITAHU OLEH AQISH. Banyak kali kami bertanya pada ibu dan Aqish sendiri perihal ini. Aqish sendiri cakap yang dia tak tahan dalam memendam perasaan setelah bertahun tahun dan izinkan kami untuk post podcast tersebut.

"Walaubagaimana pun, pihak polis telah membuat siasatan. Selebihnya kita berdoa. Ingat, setiap apa yg berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya," demikian kata YouTuber, Bros Gang TV menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Pendedahan yang dibuat Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, mengenai sikap bapa kandungnya ternyata telah mengundang kekecohan dan respon daripada ramai pihak termasuklah netizen, rakan artis dan menteri.

Terbaru, sebuah badan bukan organisasi kerajaan (NGO) iaitu Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia menggesa agar saluran YouTube Bros Gang TV yang menemu bual pelakon itu agar dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Kata presiden badan NGO itu, Datuk Dr Raj karim, pihak Bros Gang TV tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu kepada umum kerana bimbang akan memberi kesan jangka panjang seperti kemurungan dan malu kepada Puteri Balqis dan ibunya.



Enggan mendiamkan diri, Bros Gang TV tampil menafikan dakwaan itu dan sama sekali tidak pernah memaksa Puteri Balqis berkongsi mengenai kisah hidupnya. Malah, kata Bros Gang TV, pihak mereka telah beberapa kali bertanya pada Puteri Balqis dan ibunya mengenai keizinan untuk memuat naik pendedahan itu di saluran YouTube mereka.

Dalam pada itu, YouTuber itu turut menafikan mengenai sesetengah dakwaan yang menyatakan penyiaran kisah hidup Puteri Balqis itu telah menyumbang 'views' yang tinggi buat mereka.

"Kami tidak mengejar views yang tinggi. Kami dah ada views tersebut. Fokus kepada perikemanusiaan, hal ini sangat kritikal. Berapa ramai mangsa di luar sana yang jadi berani untuk 'bercakap' setelah isu diketengahkan? Fokus kepada topik, bukan fokus kepada kami!" tegas Bros Gang TV lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: