07 September 2022

NETIZEN KURANG SENANG SHILA AMZAH SERTAI GV9



Semua sedia maklum, penyanyi Shila Amzah diumumkan sebagai peserta yang bakal bertanding dalam Gegar Vaganza bagi musim ke-9. Bagaimanapun, Shila yang menyanyikan lagu 'Patah Seribu' ketika di majlis sidang media GV itu telah menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi konsep GV mengetengahkan penyanyi lama.


Tidak kurang juga, ada netizen mempersoalkan bukankah GV untuk artis yang sudah lama hilang dari indsutri serta menyifatkan program itu seolah lari daripada identiti.

Sementara itu, Shila Amerika ada yang tidak bersetuju dengan penyertaan Shila yang masih lagi aktif serta baru sahaja keluar single terbaru tambahan pula baru sahaja menang Anugerah Juara Lagu sebelum ini.

Seramai 13 penyanyi hebat bakal berentap dalam Gegar Vaganza musim ke-9 bagi merebut gelarang juara. Mereka adalah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir, Haida, Pat Candy, Roy Kapilla, Tom, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman (Singapura) dan kumpulan VE.

Dalam pada itu, melihatkan peserta yang bertanding ramai sudah boleh mengagak siapa yang akan menang GV pada musim ini.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: