09 September 2022

"DIA BERGAMBAR SEKADAR PEMINAT SAJA" - SHARNAAZ NAFI PRAMUGARI KEKASIHNYA



"Mana ada. Dia bergambar sekadar peminat saja. Kami bertemu ketika saya menaiki penerbangan di mana dia bekerja. Lagipun semua pramugari baik-baik. Jadi, saya layankan saja,"itulah jawab pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyangkal dakwaan mengatakan dirinya sudah menemui pengganti ekoran penularan video bersama seorang wanita di aplikasi TikTok.


Perkara itu dijelaskan sendiri Sharnaaz ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sedang mendekati seorang wanita dipercayai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Enggan terus memanjangkan salah faham yang timbul, Sharnaaz menafikan sudah lama mengenali wanita berkenaan menerusi Tik Tok, selain menjelaskan wanita yang menggunakan akaun @Diyya.eqa itu hanyalah sekadar peminat yang bergambar dengannya.

Klik untuk gambar besar



Spekulasi mula tercetus apabila Sharnaaz dan wanita itu saling mengikuti satu sama lain di Instagram. Sebelum ini, nama Sharnaaz menjadi topik bualan warganet di media sosial selepas tular foto berdua dengan seorang wanita di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian dengan mendakwa wanita itu adalah kekasih kepada pelakon berusia 37 tahun itu.

Menerusi video berkenaan, wanita dikenali sebagai Diyya Eqa itu memuat naik video dirinya menggunakan ciri kesan khas dalam TikTok yang dikenali sebagai Double Layer. Double Layer merupakan ciri kesan khas ditawarkan menerusi aplikasi TikTok yang membolehkan pengguna menggabungkan dua gambar bagi mendedahkan foto kedua yang disembunyikan di sebalik gambar pertama secara perlahan-lahan.


Video yang mendapat lebih daripada 30,000 tanda suka itu menjadi bualan hangat netizen yang turut mengaitkan wanita itu adalah individu sama didedahkan anaknya, Jebat Jayden sebelum ini.

"Ini ya awek yang Jebat kata tu. Teman wanita Baba. Jebat tak salah terlepas cakap. Owh ini ke yang Jebat sebut Iqa tu. High taster Baba Jebat ni." - "Cantik! Sepadan mereka berdua. Lain macam pandangan Baba Jebat," antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di TikTok.

Untuk makluman, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 sebelum pasangan itu mengambil keputusan bercerai pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia empat tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: