25 September 2022

DIPERTIKAI MASUK GV, SHILA AMZAH 'TAK KUASA' LAYAN KOMEN NETIZEN - KEMATANGAN AJAR UNTUK LEBIH TENANG



Umum sedia maklum mengenai penyanyi Shila Amzah yang menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9). Namun begitu, penyertaan Shila dalam program tersebut telah dipertikaikan ramai pihak, memandangkan dia masih aktif, malah usianya juga masih muda jika dibandingkan dengan barisan peserta lain.


Berhubung komen netizen yang tidak berpuas hati, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata dia kini memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif yang ditulis netizen di laman sosial.

"Syukur Alhamdulillah untuk GV kali ini saya sudah betul-betul sudah tidak membaca lagi komen netizen. Sebelum ini saya masih membaca komen mereka kerana kadang-kadang di sebalik komen itu terselit satu dua nasihat yang baik.

"Kini saya tidak membaca kerana ia agak menakutkan. Siapa yang memberi komen negatif saya tidak lagi peduli kerana apa-apa pun rezeki kita terletak di tangan tuhan," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, penyanyi lagu 'Patah Seribu' ini mengakui dirinya semakin matang berdepan cabaran sebagai seorang anak seni iaitu dalam menilai sesuatu perkara berbanding ketika dia masih 'berdarah muda' dahulu.

"Sudah tentu sikap kematangan mengajar saya untuk lebih tenang. Saya membesar di mata umum dan ia tidak mudah bagi saya. Saya menjadi dewasa ini di mata masyarakat.

"Di kala saya mula dikecam seawal kemunculan platform media sosial kira-kira 11 tahun yang lalu. Pada ketika itu saya masih terlalu mentah dan tidak matang untuk menggunakan sosial media," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: