25 September 2022

KES LANGGAR KONTRAK - IDRIS KHAN NAIK MAHKAMAH NOVEMBER INI, TAK AKAN DUDUK DIAM



Pada November ini, pelakon Idris Khan dan Amelia Henderson yang berdepan tindakan saman selepas dikatakan melanggar kontrak penggambaran drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali' terbitan A. Aida Production itu akan ke mahkamah bagi sebutan kes tersebut. Untuk makluman, mereka sepatutnya berlakon sebagai watak utama dalam drama berkenaan.


Idris ketika ditemui media berkata, dia sebenarnya terbuka untuk berbincang mengenai perkara itu secara elok, tetapi apabila pihak penerbit mahu membawa perkara itu ke mahkamah, dia akur.

Menurut Idris atau nama penuhnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 34, dia tidak suka bermusuh dengan sesiapa, namun mengambil keputusan untuk melawan kes tersebut di mahkamah.

"Dia dah dedahkan kepada masyarakat, jadi kami kenalah pertahankan hak di mahkamah," ujar pelakon drama 'Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin' itu yang turut berkata, hubungan persahabatannya dengan Datuk A Aida tetap berjalan seperti biasa.

Klik untuk gambar besar



"Saya jenis tak bermusuh dengan sesiapa, semua yang berlaku adalah seperti yang dirancang dan saya akan ke mahkamah pada November. Kalau nak bincang, awal-awal tu dia dah bincang kan. Tapi bila dia yang memilih untuk mulakan benda ni, takde apa pun sebenarnya, later on bila dah jalan, ada details so nampak apa yang dia buat sebenarnya adalah keterlaluan, tak perlu pun.

"Untuk saya, kalau orang tahu saya jenis orang ajak bincang, saya okay. Saya bukan jenis suka cari pasal dengan orang. Tapi bila ada orang nak cari pasal dengan you, tak kan you nak duduk diam kan. Lagi pula dia buat in public, so saya akan lawan di mahkamah," tutur Idris lagi.

Selepas terpalit kontroversi, pelakon drama bersiri 'Tuan Danial' ini turut memaklumkan dia mendapat banyak sokongan daripada rakan selebriti untuk berdepan dengan kes tersebut.


"Sejak dua tiga tahun lepas, saya lebih memilih naskhah, penerbit akan approach saya kalau ada skrip yang best. Orang-orang dalam industri pun semua okay je, takdelah sampai nak banned saya.

"Ramai tahu saya bukanlah seorang yang susah untuk bekerja. Ada juga rakan-rakan selebriti, team produksi, persatuan yang datang pada saya dan berikan sokongan jika saya perlukan apa-apa," jelasnya lagi.

Pada Jun Lalu, nama Idris dan pelakon Amelia Henderson menjadi tumpuan apabila berdepan tindakan saman. Menurut Aida, dua pelakon tersebut sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu namun mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai hero dan heroin pada malam 15 Jun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: