25 September 2022

"INI PLATFORM ANGKAT KEMBALI ARTIS YANG SUDAH MENYEPI" - AZAN SCAN TAK SETUJU PENYANYI MASIH AKTIF MASUK GV



"Bagi saya, GV merupakan satu platform untuk mengangkat kembali artis-artis yang sudah menyepi. Bukan maksudnya mereka tidak membuat lagi persembahan, tetapi mungkin kurang mendapat perhatian stesen televisyen mahupun radio.


"Maklum sahaja dah berumur," demikianlah kata penyanyi Azan Scan yang menyifatkan penglibatan artis yang masih aktif dalam industri seni menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) adalah tidak adil.

Azan atau nama sebenarnya Noor Hazan Rashid, 50, berpendapat program GV sudah tidak seperti dahulu lagi kerana artis yang masih relevan dalam industri diberi peluang menyertainya.

Klik untuk gambar besar



Tidak kisah jika ada mana-mana pihak kurang bersetuju dengan pendapatnya itu, Azan berkata GV sebelum ini diterbitkan kerana mahu memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi yang sudah lama tidak mendapat liputan.

"Baru-baru ini saya ada ke Singapura atas urusan kerja, peminat di sana juga turut bertanya program ini GV atau Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebenarnya saya malas nak bercerita panjang tentang hal ini, apa-apa pun saya tetap tidak bersetuju dan kalau orang diluar sana nak cakap apa, cakaplah," ujarnya.

Untuk makluman, Azan merupakan pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi. Penyanyi ini turut bersaing dengan Alif Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Nor dan Aweera di pentas akhir GV8.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: