26 September 2022

AL-FATIHAH - BAPA LANA NODIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelakon Lana Nodin atas pemergian bapanya iaitu Hasan Nodin yang meninggal dunia, malam semalam. Berita duka itu dikongsikan Lana menerusi laman Instagram miliknya.


Dalam entri tersebut, pelakon itu memohon menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya. Dalam hantaran sama, Lana turut memuat naik gambarnya menangis di sisi jenazah bapanya. Di Instagram Story pula, Lana turut memuat naik video anaknya yang menangis.

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilan dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukaiMU dan maafkanlah dia. Assalamualaikum semua sahabat... Saya Lana Nodin memohon sahabat-sahabat semua.. sedekahkan Al Fatihah buat Arwah Ayahanda tercinta yang telah menghadap Illahi malam tadi.

"Sesiapa yg mengenali beliau, sy memohon maaf bagi pihak ayahanda jika ada salah silap. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.. Terima Kasih dan wassalam 🙏🙏🙏," tulis Lana.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: