26 September 2022

DIDAKWA PAKAI SPORT BRA KETIKA BERBASIKAL - TUDUNG PENGACARA MUSLIMAH DAH 'TERBANG'?



Aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini trend apabila ia menjadi pilihan ramai untuk beriadah. Malah, aktiviti itu juga turut menjadi pilihan para selebriti.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan pemakaian terutama wanita yang melakukan aktiviti tersebut kerana dikatakan tidak sesuai dan agak mencolok mata.

Menerusi laporan portal Boom, seorang pengacara cantik yang sebelum ini pernah mengendalikan sebuah rancangan bual bicara popular itu didakwa sangat seksi dan ada sekekali hanya memakai sport bra sahaja ketika melakukan aktiviti berbasikal di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling).

Difahamkan, pengacara yang pernah berkahwin dan tinggal di kawasan perumahan elit itu memang sesekali dilihat mengayuh basikal di sekitar kediamannya bersama rakan-rakan.

Apa yang mengejutkan, tudungnya juga dikatakan tiba-tiba 'terbang' dan penampilannya boleh dikata berubah seratus peratus.

Meskipun sedar dirinya diperhatikan ramai, namun kakak kepada seorang aktor baharu itu sedikit pun tidak mengendahkan mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: