26 September 2022

TERIMA KECAMAN, DILABEL PENGACARA PALING TERUK - DANIAL REDA, MOHON MAAF



"Saya masih baru dalam bidang pengacara. Saya faham dan hadap benda ini sebagai anak seni. Namun, saya tetap bangga dapat peluang menjadi pengacara GV. Saya minta maaf kepada peminat GV.


"Ada yang kata saya rosakkan program dan anggap saya pengacara paling teruk, tapi saya reda dan terima. Ini pengajaran untuk saya tetapi saya tetap akan terus belajar. Saya hanya melakukan kerja untuk mencari nafkah.

"Mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu... Sebenarnya untuk musim ini, saya memang ada tapi diberi tanggungjawab mengacarakan GV Live Plus bersama Fiza Frizzy di saluran YouTube. Empat, ke lima jam sebelum program berlangsung, saya terima panggilan pihak produksi meminta saya datang awal kerana perlu menggantikan Nabil.

"Saya dapat panggilan daripada produksi GV9 dalam jam 3 atau 4 petang. Mereka kata 'urgent' kena ganti Nabil. Memang ada usaha mencari pengacara lain, tapi mereka tak dapat mengacarakan GV. Jadi, saya ambil tanggungjawab itu. Kalau tolak, saya tetap kena datang buat GV Plus.

Klik untuk gambar besar



"Saya tiada pilihan lain selain kena datang sebab saya memang buat GV Plus dan hanya ada masa empat jam untuk sediakan baju malah skrip pun tak dapat lagi ketika itu. Apa yang anda lihat, itulah dia. Saya tak rehearsal dengan produksi semua.

"Memang tak ada rehearsal, hanya bincang sekejap dengan Kak Lina nak buat apa... jalan. Apa yang anda lihat itulah yang mampu saya beri dalam masa empat jam persediaan mengacarakan program dengan rating cukup tinggi, cukup besar.

"Menggantikan pengacara selama sembilan tahun, Nabil Ahmad. Saya rasa bukan benda mudah, saya rasa mungkin banyak kekurangan saya. Saya nak minta maaf kepada semua penonton-penonton, peminat-peminat Gegar Vaganza.



"Kalau ada kekurangan... memang banyak pun kekurangan saya pada minggu ini di GV menggantikan Nabil mengacara bersama Kak Lina (Elly Mazlein). Saya mohon maaf, ada yang kata saya jatuhkan program, rosakkan rancangan. Tak reti mengacara, saya minta maaf. Saya susun sepuluh hari, saya minta maaf," jelas pelawak Danial Zaini menerusi akaun TikTok miliknya.

Kehadiran Danial bagi menggantikan Nabil Ahmad sebagai pengacara program Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) pada malam Ahad mendapat kritikan hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan gaya pengacaraannya.

Ramai menyerang Danial di media sosial dengan menyifatkan kemunculannya disamping Elly Mazlein sebagai hambar, membosankan selain dituduh cuba menjatuhkan program tersebut.



Danial atau penuhnya Mohamad Danial Mohd Zaini tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan kemunculannya yang dilihat hambar dan tidak menepati selera penonton itu disebabkan kurang persediaan selepas diminta menggantikan Nabil lima jam sebelum program berlangsung.

Dalam pada itu, Danial mengakui tugas menggantikan Nabil bukan perkara mudah apatah lagi tidak sempat membuat sebarang persediaan namun sudah memberikan yang terbaik.

Menerusi penjelasan itu, Danial turut memohon maaf kepada semua penonton GV9 sekiranya ramai tidak senang dengan kemunculannya. Danial berkata, dalam GV, siapa saja yang menggantikan Nabil pasti akan dibuat perbandingan kerana Nabil sudah lama mengacara program itu.

Difahamkan, Nabil yang merupakan pengacara tetap GV9 bersama Elly Mazlein itu tidak dapat mengacarakan minggu kedua pertandingan itu kerana terikat dengan program The Toyota GAZOO Racing.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: