26 September 2022

"SAYA TAK BERMUSUH DENGAN DIA... SAYA PROFESIONAL" - A. AIDA TOLAK TEPI URUSAN PERIBADI



Susulan kenyataan Idris Khan mengenai hubungan persahabatan mereka yang tetap berjalan seperti biasa, penerbit terkenal, Datuk A Aida berkata, dia juga tidak pernah memusuhi pelakon itu kerana tindakan saman yang dibuat adalah berlandaskan profesional dalam bekerja.


"Saya tetap profesional. Saya tak bermusuh dengan dia. Saya profesional. Urusan peribadi tolak tepi. Semua tahu, saya memang tegas dalam bab kerja. Lagi pun, sebelum ambil tindakan ini saya sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.

"Saya harap orang ramai jangan buat spekulasi. Kita pun sudah saman, jadi biarlah mahkamah tentukan kerana kita percaya kita di pihak yang benar. Dalam masa sama, saya mahu perkara ini menjadi pengajaran buat semua pemain industri," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, A Aida selaku penerbit dan pemilik A Aida Production memfailkan saman terhadap Idris dan pelakon Amelia Henderson kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali' yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3.

Kes itu bakal didengar di mahkamah pada November ini. Berkongsi mengenai drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali', A Aida bersyukur karya itu menjadi sebutan dan 'trending' di media sosial.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: