"Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
"Mama & Gerry ❤️ Sept 1st 2022 - Jannah!" demikianlah tulis penyanyi Atilia Haron yang meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Salamiah Hassan selamat bergelar isteri semula pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Atilia yang berkongsi berita gembira tersebut itu memuat naik sebuah video dimana dia menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian. Atilia dalam masa sama memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
Klik untuk gambar besar
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis. Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu 'Gelombang' itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu. Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini. Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Untuk makluman, Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
________________________
No comments:
Post a Comment