14 September 2022

"GOSIP DAH KAHWIN TAK BETUL" - MIMI FLY AKUI TAK NAK FIKIR SANGAT PASAL KAHWIN KEKASIH LELAKI BERKULIT HITAM



"Kami belum kahwin. Baru cuba mengenal hati budi dan jumpa keluarga dia. Gosip dah kahwin tak betul. Ada ketika saya fikir memang betul pun kalau dah kahwin takkan beritahu. Cuma, kalau borak dengan mak mengenai perkara ini, dia cakap kena beritahu. Tapi, ada ketika rasa nak simpan untuk diri sendiri.


"Setakat ini saya okay dan baik-baik saja dengan perhubungan jarak jauh ini. Saya menikmatinya, tak ada nak fikir sangat mengenai kahwin ini. Sebab saya dah pernah kahwin sebelum ini dan bercerai. Apabila dah bercerai, saya tak fikir sangat soal kahwin.

"Buat masa sekarang, perhubungan yang jarak jauh ini sangat menjadi untuk saya. Sebab boleh fokus kerja kemudian ambil cuti dan kami boleh berjumpa. Jadi, perhubungan sebegini sesuai dengan saya. Ia mengajar saya macam mana nak sesuaikan diri dengan pasangan dan layan pasangan," demikian jelas penyanyi Mimi Fly.

Selepas lima tahun menjanda, Mimi mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada yang menganggap penyanyi itu sudah pun berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun itu selepas Mimi pulang ke kampung halaman kekasihnya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Mimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu serta mengatakan dia belum memikirkan mengenai soal kahwin dan seronok menjalani perhubungan jarak jauh bersama kakasihnya.

Ditanya sama ada dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu sehingga belum mahu berkahwin lagi, Mimi berkata ianya tentang soal kepercayaan dan mahu mengambil masa terlebih dahulu.



"Bukan trauma, tapi isu kepercayaan. Saya dah pernah kahwin, jadi tahu ada fasa tertentu dalam perhubungan itu. Jadi selepas dah bercerai, saya nak ambil masa kalau nak kahwin lagi. Sebab sekarang saya mahu menikmati masa.

"Saya berjumpa dengan pasangan yang sama sibuk dengan saya. Dia doktor, jadi bila jumpa dia, keluarganya pun suka dan mereka layan saya dengan baik. Sekarang saya suka perhubungan macam ni, ia menarik.

"Tapi sampai situ lah dulu, tak adalah fikir nak kahwin lagi. Kami dah tiga tahun bersama, walaupun jarak jauh. Bagi saya, perhubungan ini menjadi walaupun 'slow'," katanya.



Dalam pada itu, Mimi turut berkongsi mengenai penerimaan keluarga kekasihnya yang juga lelaki kulit hitam ketika bertemu mereka di Dallas, Amerika Syarikat, selama tiga minggu baru-baru ini.

"Mereka baik sangat, mengalu-alukan saya, terbuka terima saya dan anggap macam keluarga." ujar Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36.

Untuk makluman, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai pada November 2017.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: