14 September 2022

"TUDUHAN ITU SANGAT TIDAK ADIL..." - SHUIB NAFI PUNYAI 'SKANDAL' DENGAN WATIE



Nampaknya nama Shuib Sepahtu kembali hangat diperkatakan selepas tular pula sebuah video dimana wanita terbabit bermain golf sambil berlatar belakang suara lelaki yang didakwa mirip Shuib.


Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu menafikan mempunyai 'skandal' dengan usahawan Watie Hanifiah sejak 2019. Tampil menafikan sekeras-sekerasnya tuduhan itu, Shuib berkata, perkataan 'nice' yang disebut seorang lelaki dalam video itu bukan dirinya.

"Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya. Ada yang mengatakan saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019.

"Tuduhan itu sangat tidak adil dan baik untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah. Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan 'nice' yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya. Tak sama langsung.

 Klik untuk gambar besar     



"Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar. Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka," katanya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia mula bermain golf pada 2020 ketika negara berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Video yang dimuat naik Watie adalah bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.



"Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini.

"Kalau tengok di akaun Instagram, saya muat naik video kali pertama bermain golf adalah pada 18 Mei 2020. Jadi nampak tak perbezaan tahun dan tarikh.

"Ini saja penjelasan saya, selebihnya boleh lihat di akaun Instagram saya mengenai tarikh saya mula bermain golf. Selepas tarikh itu baru saya ligat bermain sukan itu," jelasnya lagi.



Sebelum ini, nama Shuib menjadi perbualan netizen di TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Rata-rata netizen mendakwa suara di video itu adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Watie.

Gosip mengenai hubungan rapat Shuib dengan seorang usahawan bernama Watie Hanifiah itu mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video berkenaan mereka berdua. Menerusi video tersebut, pengguna itu mendakwa pasangan itu memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: