Baru-baru ini, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon Syafiq Kyle mengeluarkan kenyataan dengan membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, dakwaan berkenaan telah dinafikan Syafiq. Ini kerana kata Syafiq, jawapan yang diberikan telah diubah, memandangkan dia tidak pernah menyatakan sebarang tarikh rasmi bagi penamatan zaman bujangnya.
"Baru-baru ini, saya ada ditemu bual menerusi panggilan telefon bagi mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temu bual itu, saya ditanyakan soalan provokasi - bilakah saya akan tamatkan zaman bujang.
"Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun.
Klik untuk gambar besar
"Saya menjawab soalan di atas setelah ditanya ura-ura yang saya telah melakukan persiapan untuk majlis pernikahan pada penghujung tahun ini. Sepanjang temu bual berlangsung, saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Syafiq ataua sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia pasti akan mengumumkan tentang tarikh pernikahan jika telah sampai masanya.=
"Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka... begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik baik untuk kami," tutur Syafiq.
Terdahulu, media tempatan melaporkan yang Syafiq bakal berkahwin dengan Mimi Lana pada tahun hadapan. Menerusi laporan berkenaan, Syafiq juga dikatakan mungkin tidak akan mengikat tali pertunangan dan terus ke fasa pernikahan.
________________________
No comments:
Post a Comment