24 September 2022

BILA AWAL & SCHA BERTEMU LEE MIN HO, SIAP BERBORAK LAGI BUAT RAMAI CEMBURU



"Doing my exited-fan shots with @actorleeminho @naomi @future @khaby00 @yzomandias @jbalvin for all of you (and us 😜). @boss #BeYourOwnBoss #MFW22."


Itulah tulis pelakon dan pengacara Awal Ashaari pada sebuah video yang memaparkan dia dan isterinya, Scha Alyahya bertemu depan mata dengan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho.

Untuk makluman, pasangan selebriti popular itu kini berada di Itali bagi memeriahkan Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.

Melihat pada video yang dikongsikan, turut kelihatan Scha menyapa dan berborak dengan pelakon yang popular menerusi drama 'Boys Over Flower' itu.

Klik untuk gambar besar



Awal juga sempat mengambil gambar bersama untuk diabdikan sebagai kenangan ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkenal Boss itu.

Perkongsian Awal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja, malah ada yang cemburu melihat pasangan itu dapat bertemu dan berbual mesra dengan Lee Min Ho.

MFW 2022 itu turut dihadiri barisan selebriti tersohor seluruh negara antaranya anggota kumpulan K-Pop Got7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Dr Naomi Campbell, J Balvin dan ramai lagi.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: