07 September 2022

HATTAN ULAS ISU IFA RAZIAH: "TAK KISAH DIA MENJAWAB... NANTI KALAU DAH TERKELUAR, JANGAN MARAH PULA"



"Dua minit setengah nak kena bawa baju, terpijak... dah tiba-tiba dah macam termelatah, apa hal... tak boleh… mana boleh… marah aku macam itu. Ini bukan pertandingan pakaian.


"Aku tak kisah dia menjawab, aku tak rugi apa pun. Kau yang rugi, dia nak menjawab dia punya pasal. Aku sebagai juri nak beritahu yang betul sahaja. Kalau kau nak menjawab, rasa benda itu betul.. kau teruskan la.

"Nanti kalau dah terkeluar (tersingkir), jangan marah pula. Kuasa kat tangan kita (juri). Tapi kami tak zalim sebegitu," itulah kata penyanyi Datuk Hattan yang mengulas mengenai penyanyi Ifa Raziah yang mempertahankan diri mengatakan bahawa nyanyiannya terganggu berpunca daripada baju yang dipakainya.

Menerusi temubual F8Buzz, Hattan menegaskan, ini adalah pertandingan nyanyian bukannya pakaian. Sejak Ahad lalu, hangat diperkatakan mengenai persembahan Ifa di program realiti Terpaling Juara semalam apabila sekali lagi menjadi bualan apabila didakwa merosakkan lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' nyanyian Ella.

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan tindakan Ifa yang didakwa 'menjawab' ketika mengkritik persembahannya itu. Dalam pada itu, Hattan tidak kisah mengenai sikap Ifa yang didakwa 'menjawab' itu serta mengatakan dia sedikit pun tidak berasa rugi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: