07 September 2022

JIHAN & UNGKU HARIZ SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA



Menerusi muat naik di Insta Stories, pelawak dan pengacara Jihan Muse dikhabarkan telah pun selamat melahirkan anak keduanya. Isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman, mengucapkan tahniah buat rakan itu.


"Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang," tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.

Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut 'repost' status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.

Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di Instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: