07 September 2022

GEGAR VAGANZA KE-9 TEMUI PENONTON 18 SEPTEMBER INI - SHILA AMZAH, JACLYN VICTOR, TOMOK ANTARA 13 PESERTA



Bermula 18 September ini, program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) akan kembali dengan musim terbaru iaitu yang ke-9. Program tersebut yang akan mula bersiaran secara langsung dari MBSA selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam itu menyaksikan 13 orang penyanyi hebat bakal berentap bagi merebut gelaran juara.


13 penyanyi yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan. Enam bintang solo wanita yang memberi saingan kali ini ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, senarai penyanyi solo lelaki yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed. Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.

Klik untuk gambar besar



GV9 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem per markahan 100 peratus daripada barisan juri profesional. Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi kali ini masih mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara, manakala tempat Jihan Muse diambil alih penyanyi dan pelakon popular, Elly Mazlein. Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: