06 September 2022

DAKWAAN CABUL - PUTERI BALQIS LAPOR POLIS, BAPA KENA SIASAT



Pelakon Puteri Balqis yang sebelum ini mendedahkan menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya sendiri menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube pada Sabtu lalu itu akhirnya telah pun membuat laporan polis berhudung dakwaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.


Menerusi portal mStar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan tersebut daripada remaja berusia 15 tahun itu pada pukul 10.25 malam, Isnin lalu.

Wan Azlan berkata, dalam laporan tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish menyatakan telah diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa. Dalam laporan sama, mangsa memaklumkan gangguan tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017.

"Laporan polis tersebut menyatakan mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya dan kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 sehingga 2017," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Wan Azlan memberitahu, kejadian berlaku semasa mangsa berusia enam tahun ketika tinggal di kawasan Subang Jaya, Selangor.

"Suspek melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibu mangsa tiada bersama di rumah," jelasnya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: