Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi yang bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu. Apa yang menarik perhatian ramai adalah imej janggut suami Heliza yang lurus, malah siap ada yang kata janggut Mahadi itu 'rebonding'.
Namun baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian oleh seorang pengguna yang membuat pendedahan tentang suami Heliza dimana individu tersebut mendakwa Mahadi menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.
Difahamkan, gelaran palsu itu bermaksud gelaran yang dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana. Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka terkejut dan bersimpati dengan Heliza yang tertipu.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga, ada yang menjadikan pasangan itu bahan ketawa kerana suka menayang kemewahan dan ada yang menggelar mereka sebagai penunggang agama.
Bukan itu sahaja, ada seorang individu yang mengaku bekerja di bawah suami Heliza itu juga mendakwa dia sudah lama tahu tentang perkara tersebut. Dalam pada itu, ada yang mendakwa gelaran sahaja palsu tetapi perniagaan yang dijalankan adalah 'legal'.
Meskipun perkara itu sedang hangat diperkatakan, setakat ini masih tiada penjelasan daripada Heliza dan Mahadi mengenai dakwaan tersebut.
________________________
No comments:
Post a Comment