29 September 2022

KONGSI FOTO SUAMI GIGIT DAGU - EMMA MAEMBONG TERIMA KOMEN SINIS NETIZEN: "ANAK IKUT BAPAK YER..."



Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Emma Maembong telah berkongsi beberapa foto aksi mesranya bersama suami, Shazli. Bagaimanapun, perkongsian Emma itu telah mengundang komen sinis dan kritikan sesetengah warganet.


Salah satu gambar dimuat naik oleh pelakon 'Kerana Dia Manusia Biasa' itu menunjukkan suaminya menggigit mesra dagu sambil mereka berdua tersenyum. Aksi mesra tersebut mengundang rasa 'geli' segelintir netizen yang sempat memberikan komen sinis di Facebook.

Beberapa netizen sempat menasihati Emma untuk berhati-hati dalam berkongsi gambar mesra suami isteri kerana boleh mengundang perkara tidak elok.

Namun, kebanyakannya 'condemn' pasangan yang mempunyai seorang anak itu kerana gambar sebegitu dianggap 'intim' dan tidak sesuai dikongsi kepada umum.

Malah, ada juga yang menyamakan gelagat anak pasangan ini, Shariq gabriel yang sebelum ini menerima perhatian apabila aksi yang suka gigit orang itu ternyata ikut perangai bapanya.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: