Penyanyi Kaka Azraff sebelum ini meluahkan rasa bangga apabila wajahnya menghiasi billboard atau papan iklan gergasi di Times Square New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, telah menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak berpuas hati apabila dia bangga wajahnya menghiasi papan iklan berkenaan.
Kesal dengan tindakan itu, Kaka meminta netizen tidak melampau dalam melontarkan pandangan dan lebih berjaga-jaga dalam memberikan sebarang komen di media sosial.
Klik untuk gambar besar
"Sebelum ini kalau gambar artis lain berada di papan itu saya bangga sebab kita membawa nama negara dan untuk berada di papan iklan tersebut mungkin ada yang cakap ia biasa tapi sebaliknya tidak bagi saya.
"Kamu kena ada sesuatu untuk berada di situ, lagipun bukan senang sebab 10 tahun dalam industri ini pencapaian buat saya... bila lihat gambar tu berada di papan iklan jadi dapat menaikkan semangat untuk saya jadi lebih keyakinan.
"Anda semua tolonglah lebih terbuka! Ini tidak asyik nak kecam saja sebab kalau berterusan macam ini sampai bila negara kita nak maju... cara anda semua tu seolah-olah menjatuhkan negara dan semangat seseorang yang berjuang menaikkan nama negara supaya lebih dikenali," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment