18 September 2022

"INI KALI PERTAMA MAK DIMASUKKAN KE HOSPITAL" - KHAI BAHAR TUNDA KERJA DEMI JAGA IBU DI ICU



"Mak masih di ICU sejak Rabu lagi. Dia belum sedarkan diri. Mak memang ada masalah buah pinggang sudah lama, tapi dia tidak buat dialisis. Mak jenis yang takut nak ke hospital, cuma baru-baru ini keadaannya teruk dan itu yang terus bawa ke hospital.


"Ini kali pertama mak dimasukkan ke hospital," demikianlah jelas penyanyi popular Khai Bahar mengenai ibunya, Rosnah Muhammad, 61, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, akibat masalah buah pinggang sejak Rabu lalu.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, berkata, ibunya masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi. Menurut Khai, doktor memaklumkan ibunya perlu menjalani rawatan dialisis hingga keadaan kembali stabil.

Klik untuk gambar besar



"Setakat ini doktor tidak ada cakap apa-apa lagi. Cuma, saya dan adik-beradik lain dimaklumkan mak kena buat dialisis hingga dia stabil dan sedarkan diri," katanya.

Disebabkan itu, penyanyi lagu 'Bayang' itu terpaksa menunda beberapa komitmen kerja yang sudah diatur kerana menjaga ibunya di hospital.

"Sebab mak di ICU, jadi tidak ada yang boleh teman. Tapi kami bergilir-gilir tunggu di hospital sebab senang nak dapat maklumat lanjut daripada doktor. Kalau mak dibawa buat dialisis baru data tengok. Sepanjang minggu ini saya tangguhkan dulu semua kerja. Insya-Allah, minggu depan mula balik," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: