Menerusi perkongsian video di laman Instagram, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli telah memaklumkan kesihatan anak angkatnya, Ahmad Ziyad yang mengalami batuk teruk sehingga doktor yang merawat mengesyaki bayinya yang baru berusia empat bulan itu dijangkiti C0V1D.
"Doktor risau Ziyad terkena virus C0V1D disebabkan batuk yang teruk beberapa hari ini," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi video sama, Iqbal turut berkongsi momen dia membawa anak angkatnya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Wajah Iqbal juga kelihatan sugul apabila anak angkatnya itu terpaksa melalui proses swab test yang menyakitkan pada bahagian hidung sehingga menangis.
Malah, Ziyad menangis sehingga memuntahkan semula susu yang diminum di atas bahu Iqbal. Bagaimanapun, selepas selesai melalui proses pemeriksaan yang menyakitkan, Ziyad dilihat tidur lena di atas pangkuan Iqbal.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Iqbal memberitahu kehadiran Ziyad sepanjang empat bulan di bawah jagaannya membuatkan dia tidak sedar badan anaknya itu sudah bertambah. Iqbal memberitahu dia tidak sanggup berjauhan dengan Ziyad malah sanggup membawanya ke mana sahaja dia pergi.
"Setiap hari Ziyad ada bersama saya, ke mana sahaja saya pergi. Sedar tak sedar, kini sudah empat bulan bersama saya, berat badannya sudah cecah 8.4 kilogram. Saya sayang sangat pada dia. Mahu cari pengasuh pun saya tidak sanggup berjauhan," katanya.
Dalam pada itu, Iqbal turut memohon doa pengikutnya agar dia terus bersemangat untuk membesarkan Ziyad dengan baik.
"Doakan saya terus semangat berbakti membesarkan Ziyad dan untuk Ziyad biar dia membesar dengan baik ya?" tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment