04 September 2022

ISU TINDIK HIDUNG - MASYA MASYITAH JELAS IA SEKADAR FESYEN BAGI JAYAKAN VIDEO MUZIK



"Tindik di hidung bukan kekal. Hanya 'mock up' sahaja. Dalam video muzik, tidak semua babak saya memakai subang hidung," jelas penyanyi Masya Masyitah yang tampil menjawab isu penampilannya bertindik pada hidung dengan mengakatakan ia sekadar fesyen bagi menjayakan video muzik.


Bukan hnya tindik di hidung, malah pakaian Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, sebagai wanita berhijab dikatakan menyakitkan mata, sekali gus, mendapat kecaman ramai.

Bukan sengaja meraih perhatian, sebaliknya Masya memberitahu dia tampil dengan imej dan pakaian bersesuaian untuk video muzik single terbaharu, 'Simpanan'.

Pun begitu, Masya berkata, penampilannya berubah mengikut penambahan usia, namun, beberapa foto dimuat naik di laman Instagram adalah sedutan daripada video muzik Simpanan.

"Semakin meningkat dewasa, saya juga melalui fasa memilih penampilan bersesuaian dengan usia. Saya masih tak terikat dengan mana-mana fesyen, mana yang dirasakan selesa dan tak berlebihan, itulah yang saya pakai.

Klik untuk gambar besar



"Namun, penampilan di tempat awam berbeza dengan penampilan dalam video muzik. Ini kerana ada jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi video muzik 'Simpanan'.

"Ini semua hak individu, ada yang kisah dan sebaliknya. Saya pilih gaya video muzik seperti ini. Kepada peminat, tonton video muzik saya dahulu barulah buat penilaian," katanya.

Dalam pada itu, Masya berkata dia tidak terkesan dengan kecaman diterima, sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu perkara yang mematangkannya.

"Bercakap soal kecaman, saya berpendapat setiap manusia ada pandangan dan saya menghormatinya. Insya-Allah, saya akan memperbaiki penampilan bersesuaian dengan usia pada masa akan datang," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: