23 September 2022

JASMIN HAMID SYUKUR SUAMI IZIN URUS JENAZAH BEKAS BAPA MENTUA: "ARWAH TETAP AYAH SAYA SAMPAI AKHIRAT"



Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya hari ini, pelakon Jasmin Hamid telah berkongsi khabar duka dimana bekas bapa mentuanya, Johari Macquistan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Khamis.


Menurut Jasmin, meskipun hanya sempat bergelar menantu selama setahun, namun, hubungannya bersama bapa mentua tidak pernah terputus. Katanya lagi, dia juga bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menguruskan jenazah bapa mentuanya itu.

Pada masa sama, pelakon drama 'Anak Beranak Abe Yie' ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat bapa mentuanya itu.

Klik untuk gambar besar



"ALLAHUMMAGFIRLAHU WARHAMHU WA'AFIHI WA'FUANHU". JOHARI MACQUISTAN 3/12/1935 - 22/9/2022. ALLAH MAHA BAIK.. Setahun Allah beri saya peluang untuk berbakti kepada JOHARI MACQUISTAN.. TERIMA KASIH ALLAH..

"Walaupun Arwah adalah BEKAS BAPA MERTUA saya dari perkahwinan pertama saya tapi Awah tetap AYAH saya hingga akhirat kerana kami TAK BATAL WUDUK .. DAD meninggal kerana sakit tua.. Wajahnya Arwah DAD persis seperti DAD sedang tidur masa meninggal.

"Khamis pagi hujan lebat seperti petanda kesedihan yang akan kami hadapi.. Sebelum Zohor, saya terima panggilan bahawa DAD dah tak ada 😭😭😭.. Saya minta izin SUAMI untuk tolong uruskan jenazah DAD.. Syukur Alhamdulillah, rezeki DAD dan semua urusan berjalan dengan lancar dan cepat sehingga ke liang lahat..



"Terima Kasih pada saudara mara, jiran tetangga, kenalan, khariah masjid dan perkuburan yang membantu kami menguruskan hal Jenazah Arwah hingga ke liang lahat... Terima Kasih juga pada kalian yang panjatkan doa buat Arwah dan ucapan Takziah buat kami sekeluarga..

"LOVE YOU SO MUCH DAD ❤️❤️❤️. MATI ITU PASTI. #ayah #bapamertua #fatherinlaw #meninggaldunia #artismalaysia," tulisnya

Dalam sebuah lagi entri berasingan, Jasmin bersama anak lelakinya turut dilihat berada di samping arwah sewaktu dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan.



"Innalillahiwainnaillahirojioun.. "Allahummagfirlahu Warhamhu Wa'afihi Wafuanhu". Sempat saya berbakti pada Bekas Bapa Mertua saya, JOHARI MACQUISTAN selama setahun..

"Akhirnya beliau pulang menemui penciptaNya tadi.. Terima Kasih pada kalian yang panjatkan doa untuk beliau.. Semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah..," ujarnya.

Untuk makluman, Jasmin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Ian Rashid Macquistan sehingga dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq Bagaimanapun, Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 2008.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: