23 September 2022

DALAM PROSES BERHIJRAH KE MAKKAH - ZUL ARIFFIN MAHU MULAKAN PERNIAGAAN



Pada Januari tahun hadapan, pelakon Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah bagi memulakan perniagaan di sana. Menurut Zul, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu.


"Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.

"Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini," katanya ketika ditemui media pada sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul 'Talbis Iblis'.

Tambah Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, itu tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

Klik untuk gambar besar



Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata, dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

"Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

"Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

"Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: