23 September 2022

NASHA AZIZ AKUI TERIMA JAMBANGAN BUNGA SETIAP HARI - KINI SEDANG BAHAGIA DILAMUN CINTA



"Mestilah bunga itu dari orang yang menyayangi saya. Kalau orang sayang mesti dia hargai kita dengan pemberian begitu. Itulah tanda cinta! Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu.


"Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua. Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.

"Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan," demikianlah jelas pelakon dan model Nasha Aziz yang mengakui dia kini sedang bahagia bersama seseorang, selepas tular video menerima jambangan bunga.

Sebelum ini, tular rakaman video dimuat naik oleh penerbit Haji Zil dari Zeel Production memperlihatkan Nasha menerima bunga di sebuah set lokasi penggambaran drama. Dalam video tersebut, Nasha dilihat malu-malu menjawab soalan Zil adakah dia kini sedang bahagia bercinta.

Klik untuk gambar besar



Nasha, 51, mengesahkan kini sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu. Kata Nasha, lelaki itu mungkin menepati ciri-ciri lelaki idamannya. Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Nasha berkata perkenalannya dengan insan istimewa itu bermula sejak sembilan bulan.

Mengulas mengenai lelaki yang menghantar bunga kepadanya setiap hari itu, Nasha menggambarkan bunga itu sebagai simbolik tanda ingatan. Ditanya mengenai perancangan dan hala tuju hubungannya itu, Nasha memohon doa orang ramai dan berharap ada pengakhiran yang baik.

"Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya.




"Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga. Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju kita. Insya-Allah, mestilah ke arah yang baik.

"Itu kewajiban kan. Tapi kenalah dulu (doa) sebab nak tahu rezeki Allah bagi ini akan mendorong kita ke arah mana. InsyaAllah semestinya yang baik-baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nasha muncul denga filem terbaru berjudl 'Talbil Iblis' arahan pengarah Kabir Bhatia akan ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022.

Selain Nasha yang memegang watak sebagai Junaidah, filem itu turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis dan Izzy Reef.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: