"Syukur Alhamdulillah 🤍. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibubapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbul Allah Swt hajatnya.
"Insyaa'Allah. Aamiin," itulah tulis pelakon Mawar Rashid yang berkongsikan berita gembira dimana dia membuat kejutan buat suaminya, Raf Yaakob tentang kehamilannya itu ketika bercuti di Paris pada Jun lalu.
Dalam status tersebut yang dimuat naik di laman Instagram, Mawar mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dalam tempoh trimester pertama.
Klik untuk gambar besar
Menerusi video itu, Mawar dilihat menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya di depan Menara Eiffel. Pelakon itu tidak dapat menahan sebak berkongsikan berita itu.
Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan reaksi ahli keluarga dan rakan-rakan tentang berita kehamilannya itu.
Untuk makluman, Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.
________________________
No comments:
Post a Comment