"Martin please watch English punya, jangan tengok Melayu punya. If not I take the phone away. Don't watch Malay cartoons! Why can't you just listen to mama. Mama ni dahlah janda, susah, gemuk, tolonglah. The least you could do is tolonglah janganlah torture mama.
"Boleh tak? If I tell you don’t do something, dengarlah cakap mama. Tolonglah Martin, can you help mama?" itulah kata pelakon dan juga selebriti media sosial, Zarina Anjoulie.
Di laman Facebook, tular mengenai sebuah hantaran video memaparkan Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, memarahi anak lelakinya, Martin kerana menonton kartun berbahasa Melayu.
Klik untuk gambar besar
Dalam entri tersebut juga, Zarina sebaliknya meminta anaknya untuk menonton kartun berbahasa English dan memberi amaran akan merampas telefon bimbit jika anaknya tidak mendengar arahan tersebut. Malah, Zarina lebih mesra dipanggil sebagai Anju memohon anaknya supaya mendengar arahannya dan tidak menyiksa dirinya.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Anju menghalang anaknya mempelajari bahasa tanah air.
________________________
No comments:
Post a Comment