01 September 2022

"KALAU BETUL SAYA BERHUTANG KENAPA BARU SEKARANG DISEBARKAN?" - SHAHIR



Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan penyanyi Shahir Zawawi berhutang sebanyak RM4,000 seperti yang dilemparkan seorang individu di laman sosial. Shahir bagaimanapun menepis dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.


Shahir, 34, yang akan melangsungkan pernikahan malam esok berkata, terma digunakan pihak terbabit juga tidak betul memandangkan perkara dibangkitkan adalah mengenai tuntutan yang tidak pernah dibincangkan atau diputuskan sebelum ini.

"Saya mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan isu begini kerana sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Kalau betul saya berhutang sampai kenapa baru sekarang disebarkan?

Klik untuk gambar besar



"Selepas itu ada pula individu lain yang dakwa saya juga mempunyai masalah dengan syarikat rakaman. Isu ini dikatakan timbul ketika saya berada dalam AF Megastar yang disertai atas jemputan Astro.

"Itu pun hanya setakat minggu ketiga disebabkan hal yang tak perlu saya dedahkan. Jadi apabila individu itu kata saya berhutang, bagi saya terma yang digunakan itu sendiri sudah salah. Alih-alih dia buat tuntutan membabitkan wang sebanyak RM4,000," katanya.

Juara Akademi Fantasia 8 (AF8) dan Hijrahkan Laguku itu turut tertanya-tanya motif di sebalik tuduhan itu sedangkan pihak berkenaan boleh saja berjumpa dengannya pada bila-bila masa.


Katanya, selama ini pun tiada sebarang perkara yang ingin disembunyikan apatah lagi cuba melarikan diri seandainya dia bukan di pihak yang benar.

Terdahulu, seorang individu yang terbabit dalam industri hiburan meninggalkan komen di Facebook sebuah akhbar mengenai berita penyanyi itu akan mendirikan rumah tangga. Dalam komen yang ditinggalkan, dia mendakwa Shahir berhutang dengannya membabitkan wang berjumlah RM4,000.

"Bayar hutang dulu baru nikah!" Aku yang hidup ini pun dia main senyap saja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu!" itu antara komen individu berkenaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: