01 September 2022

MIZZ NINA MUAT NAIK FOTO NOH DENGAN MUSA - POSTING CURANG & MENIPU 'BREAKING A BOUNDARY' CURI TUMPUAN



Semua sedia maklum, pada 3 Ogos yang lalu, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur. Meskipun, pasangan ini telah buat haluan masing-masing, kasih sayang sayang terhadap, anak angkat mereka bernama Musa dilihat masih sama seperti sebelumnya.


Di Instagram Story, Mizz Nina dilihat memuat naik foto Noh bersama Musa. Menerusi posting tersebut, Noh kelihatan tersenyum sambil mendukung Musa.

Melalui perkongsian tersebut juga, netizen mendakwa Mizz Nina dan bekas suaminya itu sangat rapat walaupun mereka sudah bercerai. Ujar netizen, Mizz Nina dan Noh sangat profesional dalam membesarkan Musa.

Klik untuk gambar besar



Mizz Nina turut memuat naik beberapa foto di saat bekas suaminya itu membawa Musa bersiar-siar. Bukan itu sahaja, Noh turut dilihat membantu bekas isterinya dalam misi mencari sepupu (oku) Mizz Nina yang hilang baru-baru ini.

Terbaru, Mizz Nina turut memuat naik sebuah posting berkenaan 'relationship' di Instagramnya. Menerusi ayat posting tersebut, curang dan menipu boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah hubungan.

Berikutan daripada itu, warganet mendakwa posting Mizz Nina itu mempunyai kaitan dengan dirinya sendiri selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangganya. Walau bagaimanapun, netizen mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua selebriti ini.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: